Ayam

Resepi Ayam Masak Merah Berempah Kurma

resepi-ayam-masak-merah-berempah-kurma

Resepi Ayam Masak Merah Berempah Kurma

Masak ni memang bertambah nasi la makan tau. Memang rasa dia lain dari lain tau sedap dia. Kekna share di sini. Boleh nanti nak cuba kan?.

Bahan-Bahan:

  • Ayam yang di goreng dengan kunyit dan garam
  • Bawang merah di kisar
  • Bawang putih di kisar
  • Halia di kisar
  • Cili kering di kisar
  • 2 sudu besar Sos tiram di satukan
  • 2 sudu kicap manis di satukan
  • 2 sudu kicap cair di satukan
  • 2 sudu sos cili di satukan
  • Rempah kurma
  • Daun ketumbar
  • Bawang holand
  • Serai

Cara Memasak:

1. Gunakan minyak lebihan ayam yang di goreng. Masukkan serai dan tumiskan bahan-bahan yang dikisarkan.

2. Biarkan naik bau wangi. Selepas tu masukkan cili kering, biarkan seketika sampai pecah minyak dan garing sedikit.

3. Masukkan air sedikit supaya tumisan tadi tak adalah nampak kering sangat. Masukkan serbuk kurma dan bahan-bahan yang disatukan. Masukkan garam sedikit dan gula sedikit.

4. Biarkan seketika dan masak sampai pecah minyak. Masukkan ayam goreng, kemudian gaulkan semua bahan hingga sebati.

Cuba Resepi Ni:  Nasi Butter ala KFC Dengan Chicken Chop

5. Masukkan bawang holand yang telah dipotong bulat dan biarkan sekejap. Lepas tu boleh la masukkan daun ketumbar. Dah siap. Mudah sangat kan? Selamat mencuba.

Resepi Ayam Masak Merah Berempah Kurma

Resepi Oleh: Zana Mokhtar