Kek Coklat Moist Versi Bakar Dengan Topping Coklat

Kek Coklat Moist Versi Bakar Dengan Topping Coklat

Memang sedap. Walaupun tak dikukus tapi moist dia memang tak boleh bawak bincang. Buat sehari awal lagi moist nanti. Resepi kek ni dari Elly Halim. Resepi yang memang sis buat niaga ya (semoga Allah murahkan rezeki sis Elly). Nanti ada masa korang kena cuba buat jugak tau. Confirm tak menyesal.

Bahan A:

  • 90 gram serbuk koko
  • 200 gram gula kastor (saya kurangkan 190g)
  • 200 gram minyak masak/minyak jagung
  • 250 gram susu pekat (saya guna 243g)
  • 1 tin susu cair (Susu Cair Dairy Champ)

Bahan B:

  • 4 biji telur gred A (saya guna 5 biji telur gred B)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh chocolate emulco (saya tambah)

Campur semua bahan dan dipukul kembang menggunakan garfu/whisk sahaja.

Bahan C:

  • 150 gm tepung gandum/kek/superfine
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda

Dicampurkan sekali dan diayak (saya guna tepung gandum).

Cara Membuat:

1. Masukkan semua bahan A ke dalam 1 bekas periuk, kacau rata sampai sebati dan masak atas api kecil sahaja. Masak sebentar sambil adunan dikacau. Kacau perlahan sahaja tak perlu sehingga mendidih. Hanya sehingga adunan suam panas sahaja. Kalau bekas dah panas boleh terus tutup api.

2. Masukkan bahan B ke dalam adunan A dan kacau sebati. Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga sebati. Masukkan ke dalam loyang 9 inci (atau jika mahu tebal loyang 8 inci) yang dah disapu dengan marjerin dan dilapik baking paper.

3. Panaskan oven dahulu 170C selama 10 minit. Kemudian masukkan adunan dan bakar 150C selama 60 minit atau sehingga masak. Walaupun bakar kek tetap lembap. Jika nak kukus pun boleh.

4. Bila dah masak, sejukkan kek dulu baru curahkan chocolate topping. Saya sejukkan kek dalam chiller nanti topping akan melekat cantik dekat kek.

Bahan Topping Coklat:

  • 200gm choc Compound
  • 100gm UHT whipping cream

Cara Membuat: Masukkan choc compound dalam bekas stainless steel. Guna kaedah double boiled. Bila coklat cair masukkan cream dan kacau sampai sebati. Jika nak pekat sikit boleh guna 80 gram whipping cream. Selamat mencuba.

Guna Serbuk Koko Ni Untuk Rasa Kek Betul-Betul Coklat dan Sedap >> KLIK DI SINI

Kek Coklat Moist Versi Bakar Dengan Topping Coklat

Resipi Oleh: Ika Zul