Resipi Ikan Bakar Asam Pedas Memikat Selera

Resipi Ikan Bakar Asam Pedas Memikat Selera

Bau aroma ikan bakar asam pedas ni pun dah cukup menggoda, selain rasanya yang sedap. Penyediaannya pon cukup mudah.

Bahan-Bahan:

  • 3 ketul ikan merah saiz besar
  • 6 sudu besar cili kisar
  • Air asam jawa
  • Gula melaka
  • 2 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu pes tom yam
  • Cukup rasa
  • Garam
  • 2 Batang serai diketuk
  • 2 Biji Tomato dipotong baji
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Daun pisang
  • Aluminum foil

Bahan-Bahan Kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 Batang serai
  • 1 ketul belacan besar ibu jari
  • Limau kasturi

Cara Memasak:

1. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak. Masukkan cili kisar, serai yang diketuk dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, sos tiram dan garam. Kacau sebati. Rasa boleh tambah apa yang kurang. Tutup api. Ketepikan.

2. Bersihkan ikan, sapu garam dan kunyit pada ikan. Letakkan aluminum foil, kemudian daun pisang. Sapukan bahan tumis dan taburkan daun kesum dan kantan di atas daun pisang. Letakkan ikan di atas daun pisang.

3. Sapukan bahan tumis di bahagian atas ikan. Taburkan daun kesum dan kantan di atasnya. Letak tomato. Tutup ikan dengan daun pisang dan aluminum foil supaya ikan kekal basah (bakar basah).

4. Bakarlah di atas pemanggang atau ke dalam oven, suhu 170 Celcius selama 20 – 30 minit. Siap untuk dihidangkan. Pernah limau kasturi sebelum makan. Selamat mencuba.

Nak Cepat dan Mudah, Boleh Guna Pes Asam Pedas Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Ikan Bakar Asam Pedas Memikat Selera

Resipi Oleh: Nur Masri