Resipi Pencuci Mulut Puding Jagung Bersos Santan

Resipi Pencuci Mulut Puding Jagung Bersos Santan

Puding jagung hidangan pencuci mulut yang disukai ramai. Ditambah pula dengan sos santan lemak manis menggunakan santan kelapa yang melengkapkan gandingan rasa yang serasi dan menambat hati.

Bahan Puding:

  • 400 g jagung manis dalam tin
  • 200 ml santan kelapa S&P
  • 600 ml air
  • 100 g gula pasir halus
  • 10 g serbuk agar-agar (putih)
  • Secubit garam

Bahan Sos Santan:

  • 400 ml santan kelapa S&P
  • 100 ml air
  • 60 g gula pasir halus
  • 1 sdb tepung jagung
  • Secubit garam

Cara Penyediaan:

1. Ambil sedikit jagung manis untuk taburan. Ketepikan. Kisar jagung manis yang sekebihnya bersama airnya kemudian tapiskan.

2. Campurkan adunan bersama bahan-bahan puding yang lain, kemudian didihkan sambil dikacau. Tutup api. Biarkan wap panas hilang kemudian tuang ke dalam acuan. Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais hingga mengeras.

3. Sos Santan; Bancuh tepung jagung bersama sedikit air kemudian campurkan bersama bahan-bahan yang lain. Masak sambil dikacau hingga gula larut dan sos sedikit pekat. Angkat dan biarkan sejuk.

4. Hidangkan puding jagung bersama sos santan dan taburkan jagung manis.

Guna Acuan Puding Macam Ni Untuk Nampak Cantik & Mudah Untuk Dihidang >> KLIK DI SINI

Resipi Pencuci Mulut Puding Jagung Bersos Santan

Resipi Oleh: Eka Zahra