Kek Coklat Moist Kukus Penuh Dengan Rasa Coklat
Resepi kek coklat kukus. Nak buat dalam loyang boleh, buat dalam bekas kecil-kecil pun boleh. Loyang segi empat boleh, loyang bulat pun boleh. Bekas segi empat boleh, bekas bulat pun boleh. Nak buat besar, banyak, gandakan bahan-bahan.
Bahan-Bahan Kek Kukus:
- 2 biji telur gred A/B
- 1/2 cawan + 1 sudu makan tepung gandum
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan susu cair
- 1/2 cawan minyak masak
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil baking soda
- 1 sudu kecil serbuk kopi bancuh dengan 1 sudu besar air panas (Inilah bahan rahsianya. Yang buat kek coklat lebih sedap)
Cara Membuat:
1. Pecahkan telur ke dalam bekas dan kacau sampai berbuih. Masukkan gula, susu pekat manis dan esen vanila. Kacau sampai gula larut. Masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam. Kacau sampai sebati dan tiada ketulan.
2. Seterusnya, masukkan susu cair. Kacau sebati. Masukkan minyak. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan bancuhan serbuk kopi tadi. Kacau sebati.
3. Kemudian, kukus dalam loyang 6 inci atau bekas kecil selama 20 minit dengan api sederhana atau hingga masak. Kalau pakai bekas saiz 250 macam saya tu, boleh dapat 5 bekas. Tuang separuh bekas je. Nanti kek akan kembang sampai atas.
4. Kalau nak buat banyak, gandakan kesemua bahan. Guna loyang 8 inci. Bekas kecil yang sama macam saya boleh dapat 10/12 bekas.
Resepi Chocolate Ganache (Kental)
Bahan-Bahan:
- 200g whipping cream
- 200g dark chocolate coin
- 1 sudu makan butter
Cara Membuat:
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk. Hidupkan api dan kacau hingga pekat sikit. Matikan api. Boleh tuang ke atas kek selepas kek dipotong atau tuang dulu, sejukkan, kemudian potong.
Resepi ganache yang sama saya guna untuk buat layer coklat kek batik. Elok kentalnya. Tak mudah cair.
Resepi Chocolate Ganache (Kental Macam Dalam Gambar)
Bahan-Bahan:
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan gula
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 sudu kecil tepung jagung
- 2 sudu kecil minyak masak
- Secubit garam
Cara Membuat:
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati. Hidupkan api dan kacau hingga pekat sikit. Matikan api. Boleh tuang ke atas kek masa panas ataupun sejuk.
Lagi Sedap Kalau Guna Serbuk Coklat Madina Yang Berkualiti Macam Ni >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Khairunnisa Mohammad