Puding Blue Ocean Nampak Cantik dan Sedap Dinikmati
Puding Blue Ocean tumpang lalu, lama dah tak buat. Kali ni versi acuan kiut pulak. Dua kali repeat buat sebab tak cukup, laku keras sangat. Sedap makan sejuk-sejuk ketika cuaca panas, segar tekak.
Bahan-Bahan:
- 10 gm serbuk agar-agar
- 1 1/2 cawan gula pasir (tak suka manis letak 1 cawan saja)
- 3 cawan air
- 1 1/2 cawan air laici (1 tin)
- 1 tin laici
- 1 tin susu cair
- 1 sudu besar biji selasih
- Pewarna biru
Cara Membuatnya:
1. Di dalam periuk, satukan serbuk agar-agar, gula, air dan air laici. Kacau hingga gula larut dan mendidih. Bahagi dua bahagian. 1 1/2 cawan agar-agar dicampur dengan susu cair. Agar-agar yang selebihnya dicampur dengan pewarna biru.
2. Tuang agar-agar susu ke dalam acuan mini hingga 1/3 acuan. Masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit atau hingga separuh keras. Sementara itu, rendam biji selasih di dalam air panas hingga kembang dan toskan. Siat-siat buah laici kecik-kecik.
3. Kelar-kelarkan sikit agar-agar susu yang telah keras dengan pisau dan sudukan biji selasih. Letak laici dan tuang agar-agar biru hingga penuh acuan. Masukkan ke dalam peti ais selama 1-2 jam atau hingga keras/set.
Sedia dimakan sejuk-sejuk dari peti ais, sedap dan lembut je.
Letak Puding Dalam Bekas Comel Macam Ni Baru Nampak cantik >> LIHAT DI SINI
Resepi Oleh: Nor Al Fatihah T-hah