Resepi Ayam Masak Oren Chinese Style
Senang sangat nak buat menu gini. Kurang minyak, tanpa gula. Perlu sedikit garam dan beberapa bahan saja. Sedapp makan dengan nasi panas panas. Rasa dan bauan oren tu buat ketagih jee nak tambah nasi.
Bahan-Bahan:
- 6 ketul ayam
- 1 biji bawang holland – dipotong dadu
- 2 ulas bawang putih – dicincang
- 1 sudu kecil lada sulah
- 1 sudu sunquick perisa oren
- 1 sudu sos cili
- 1 sudu kicap manis
- 1 sudu sos ikan
- Sedikit tepung jagung
Cara Memasak:
1. Perap ayam bersama oren sunquick, garam dan lada sulah. Gaul ayam tadi bersama tepung jagung dan goreng hingga keemasan. Kemudian angkat dan ketepikan.
2. Panaskan kuali bersama satu sudu minyak. Tumis bawang holland, bawang putih dan lada sulah hingga naik bau. Masukkan sunquick, sos cili, sos tiram, sos ikan sehingga sebati.
3. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul sehingga kuah melekat pada ayam sepenuhnya. Sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba!
Resepi Oleh: Maryam Hussain