Resepi Kek Pandan Bersantan Gebu Gebas
Kek pandan bersantan untuk makan petang, mudah untuk dibuat dan sedap. Tak muak sebab tak guna planta mahupun majerin. Pastinya gebu gebas, ok jom saya kongsikan resepi kat bawah.
Bahan-Bahan:
- 5 biji telur gred A
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 200ml santan
- 2 Sudu makan susu pekat
- 1 sudu serbuk penaik
- 1 sudu ovalette
- Emulco pandan
- Pewarna hijau
Cara Membuat:
1. Putar telur dan gula sampai kembang. Masukkan susu + ovalette dan putar lagi sehingga adunan kembang dan menjadi gebu.
2. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama serbuk penaik. Masuk sedikit demi sedikit, nak buat kaup balik pun boleh. Akhir sekali, masukkan santan + emulco pndan + pewarna hijau dan sebatikan.
3. Letak adunan dalam loyang size 8×8. Panaskan oven dahulu oven selama 5-10 minit. Bakar pada suhu 160c selama 40 minit bergantung pada oven masing-maisng. Selamat mencuba.
Nota: Pastikan pukul sampai kembang dan betul-betul gebu adunan untuk menghasilkan kek yang gebu gebas.
Resepi Oleh: Sitisarah Hamid