Roti

Cara Buat Roti Kentang Sos Kastard

cara-buat-roti-kentang-sos-kastard

Cara Buat Roti Kentang Sos Kastard

Roti kentang atau potato bread yang tak mengecewakan. Resepi saya ambil dari youtube. Boleh buat sendiri kat rumah, tak yah cari kat tesco dah lebih-lebih lagi waktu-waktu pergerakan terkawal ni.

Bahan A:

  • 150gm kentang – potong kecik-kecik
  • 125ml air
  • Rebus kentang lebih kurang 20-25 minit atau sehingga empuk. Lenyekkan dan biar sejuk.
  • Bahan B:
  • 350gm tepung high protein atau tepung roti
  • 100gm tepung gandum
  • 100gm gula kastor
  • 3/4 camt garam
  • 6gm @ 2 camt mauripan
  • 2 bj telur
  • 60ml air
  • 2 camb susu tepung

Bahan C:

  • 60gm butter/marjerin yang telah disejukkan

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan B dan juga kentang yang dilenyek tadi. Guna mixer low speed dan uli sebati. Masukkan 60gm butter/marjerin yang telah disejukkan sedikit demi sedikit. Tukar kepada medium speed. Uli sebati sehingga doh lembut dan elastik.

2. Matikan mixer, taburkan sedikit tepung gandum dan uli doh dengan tangan sekejap. Masukkan dalam bekas, tutup dengan plastic wrap selama sejam. Selepas sejam, uli lebih kurang 5 minit dan bahagikan doh kepada 40gm. Dapat lebih kurang 23 biji.

3. Saya gunakan loyang 8″ x 8″. Setiap loyang muat 9 biji doh. Rehatkan doh lebih kurang 45 minit. Sebelum bakar, sapu permukaan doh dengan telur yang dipukul dan boleh paipkan kastard di atasnya.

4. Panaskan oven dan bakar doh dengan suhu 190c selama 17 minit, api atas bawah. Pindah tray bawah, tambah lagi 3 minit. Keluarkan roti dari loyang ketika masih panas.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Roti Arab

Bahan Kastard:

  • 3/4 cwn susu segar
  • 2 camb tepung kastard
  • 2 camb gula kastor
  • 1 camt butter/marjerin
  • 1/2 camt esen vanila

Cara Membuat:

1. Campurkan tepung kastard dan gula. Kacau rata. Masukkan susu dan kacau dengan whisk sehingga sebati. Masak guna api slow sambil kacau sehingga pekat.

2. Tutup api, masukkan mentega dan esen vanila. Kacau rata dan boleh paipkan kastard ketika masih suam.

Info Tambahan: Saya guna mixer standard yang majoriti kita guna di rumah. Tukarkan kepada dough hook untuk menguli adunan.

Cara Buat Roti Kentang Sos Kastard

Resepi Oleh: Rosmawati Abdul Wahab