Sambal & Pencicah

Resepi Tempoyak Ikan Bilis & Petai

resepi-tempoyak-ikan-bilis-petai

Resepi Tempoyak Ikan Bilis & Petai

Bahan-Bahannya:

*4 ulas bawang putih
*6 ulas bawang merah
*cili padi (ikut nak pedas sikit ke pedas banyak)
*Ikan bilis (ikut lah nak letak banyak mana, rasa nak makan ikan bilis banyak, letak banyak)
4 sudu tempoyak
Petai
Air
Gula, garam atau secukup rasa

+ Tumbuk batu semua bahan tanda * dengan lesung batu, kalau malas nak tumbuk, blander pun boleh.

Cara-Cara:

1. Tumis bahan tumbuk/blend sampai garing. Bila dah garing masukkan ikan bilis.

2. Nampak ikan bilis dah sebati baru masukkan tempoyak dan sedikit air. Kacau sampai ia pekat balik.

3. Masukkan gula, garam atau secukup rasa. Pastu masukkan petai, kalau nak rasa basah sikit tambah air lagi.

4. Jangan letak banyak air, nanti cair tak sedap pulak. Kacau 3 hingga 4 kali je pastu tutup api.

5. Jangan lama-lama sangat kacau, nanti petai bertukar warna dah tak sedap rasanya. Siap dan boleh dihidangkan dengan nasi panas-panas.

Resepi Tempoyak Ikan Bilis & Petai

Resepi Oleh: Adawiyah Farhan