Kuih Muih

Resepi Seri Muka Cawan

resepi-seri-muka-cawan

Kuih Seri Muka Cawan. Saya tak pandai potong kuih ni, so saya buat dalam acuan kuih apam. Senang nak makan.

Resepi Seri Muka Cawan

Lapisan Pulut Kuih Seri Muka –

Bahan-Bahan:

1 cawan beras pulut (rendam 30 min)
1 cawan santan
1 sudu teh garam

Cara Buat:

1. Toskan beras pulut yang telah direndam. Masukkan dalam loyang. Kukus pulut bersama santan & beras selama 20 minit (Tambah masa kalau pulut tak masak lagi).

Lapisan Hijau Kuih Seri Muka Pandan –

Bahan-Bahan:

7 helai daun pandan (gunting pendek)
3 cawan santan
1 1/2 cawan gula
3 biji telur
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna hijau

Cara Buat:

1. Blend daun pandan, santan, gula, dan telur. Tapis ke dalam kuali. Jangan hidupkan api dulu, ya. Masukkan garam, tepung gandum, tepung kastad, tepung jagung, dan pewarna hijau.

2. Hidupkan api sederhana. Kacau semua bahan sehingga pekat (bersalut belakang senduk, Sekitar 5-10 minit).

Cuba Resepi Ni:  Resepi Apam Nasi Lembut dan Gebus

3. Keluarkan pulut daripada pengukus. Sapukan sedikit minyak dalam acuan kuih apam. Ambil sedikit pulut dan padatkan dalam acuan kuih apam (pastikan portion pulut setengah aje ye). Tuang adunan hijau tadi. Kukus sehingga masak (saya kukus 45 minit dah masak elok.

4. Biar seri muka sejuk dalam acuan baru keluarkan. Hidangkan.

Resepi Oleh: Nor Juairiah Rashid