
Resepi Laksa Nyonya
Bahan-Bahan Kuah Laksa Lemak:
1500 ml air rebusan tulang ayam
1500 ml air rebusan kulit udang
250 ml pati santan
10 biji fish ball
10 biji tau pok, potong 2 setiap 1
6 ekor udang galah saiz sederhana, dibersihkan
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
3 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar Halus:
8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang serai, hiris halus
4 biji buah keras
1 genggam udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 inci belacan, dibakar
3 biji cili merah
Bahan-Bahan Ulam:
Timun, hiris nipis dan mayang halus
Bawang besar, dihiris nipis2 dan leraikan
Taugeh secukupnya, dibuang ekor, cuci dan toskan
1 genggam daun kesom, dimayang halus
Bunga kantan, dihiris halus
Bahan-Bahan Lain:
Mi laksa secukupnya (kalau guna yang kering, rendam dan rebus hingga lembut, toskan dan cuci bawah air paip)
Limau kasturi secukupnya, dibelah 2 setiap 1
Telur rebus, dibelah 2 setiap satu
Sambal belacan tumis secukupnya
Cara Membuat:
1. Untuk Kuah Laksa Lemak; Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 1/3 cawan atau lebih sedikit). Tumis bahan-bahan kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak dan bahan-bahan tadi garing. Tuang air rebusan kulit udang dan air rebusan tulang ayam. Kacau rata dan biar mendidih.
2. Masukkan udang. bunga kantan dan daun kesom. Kacau dan biar udang masak. Tambah fishball, dan tuang pati santan. Kacau dan masak dengan api kecil hingga mendidih. Masukkan tau pok, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula, Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api.
Untuk Sambal Belacan Tumis: Cik Fieyza buat sambal udang kering.
Resepi Oleh: Affieyza Isahak