Bancuhan Aiskrim Malaysia Boleh Buat Pelbagai Perisa
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hari Jumaat hari yg penuh dengan keberkatan, semoga perkongsian ilmu kali ni beri manfaat pada semua. Tak lama lagi akan tiba musim cuti sekolah. Mesti ramai mak-mak yang sedang merancang aktiviti bersama anak-anak. Jom kita masukkan aktiviti buat aiskrim Malaysia bersama-sama ke dalam wishlist.
Di sini Nurul sediakan resepi basic aiskrim Malaysia untuk korang, bahan pun mudah untuk korang cari dan yang paling penting satu bancuhan boleh hasilkan beberapa perisa yang berlainan.
Bahan-Bahan:
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 5 tin air
- 2 sudu besar tepung jagung membukit
- 2 senduk gula
- 1 sudu kecil creamy vanilla atau essen vanilla (optional, kalau ada boleh letak tak ada tak payah)
- Sedikit garam
Cara Membuat:
1. Satukan kesemua bahan di atas ke dalam periuk. Kacau sebati sehingga semuanya betul-betul larut kemudian masak atas dapur. Ulang kacau supaya bancuhan tak hangit pada dasar periuk, kacau sehingga bancuhan mendidih.
2. Kalau perlu tambah gula, korang lebihkan sikit lagi. Ada orang suka manis-manis, ada orang suka kurang manis. Salah satu tip untuk dapatkan aiskrim Malaysia yang tekstur lembut apabila digigit, bancuhan mestilah cukup manis. Manis leting orang kata. Sebab bila aiskrim dah beku, manis tu akan berkurang.
3. Sementara nak tunggu bancuhan sejuk, boleh lah korang letak bahan-bahan seperti coki-coki, nabati waffle, sumi, cookies dan cereal ke dalam plastik. Bancuhan dah sejuk, boleh la mula memintal dan simpan ke dalam freezer untuk dibekukan.
Resepi Nurul mungkin berbeza sikit dari orang lain, apa-apa pun kita raikan perbezaan dan hormat pendapat masing-masing. Dalam masakan, tak ada yang betul dan tak ada yang salah, semua tu atas kreativiti masing-masing dan yang penting sedap.
Nota:
- Kalau buat perisa coki-coki, perisa yang sangat laris. Coki-coki yang agak liat boleh direndam terlebih dahulu di dalam bekas yg berisi air suam. Nanti coki-coki dah lembik, bokeh picit masuk ke dalam plastis aiskrim.
- Kalau buat untuk makan sendiri, lebih sedia bila letak sumi seketul-seketul. Plastik aiskrim perlu guna yang besar, baru muat untuk masukkan 1 biji sumi. Kalau nak potong pun boleh, tak salah.
Kalau Tak Nak Letak Dalam Plastik, Boleh Letak Dalam Bekas Macam Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Oleh: Nurul Zainuddin


