Resipi Aiskrim Chocolate Malt 4 Bahan
Hasil aiskrim 4 bahan. Ini Nurul guna bahan apa yang ada saja. Itu pun dah cukup sedap. Resepi mudah, semua orang boleh buat. Ini kalau buat aktiviti dengan anak-anak pun best juga sebab bancuhan ni tak perlu masak. Yang penting kena ada 4 bahan ni.
Bahan-Bahan:
- Susu full cream, apa brand pun tak kisah. Nurul hanya guna 500ml saja. Dapat lebih kurang 4 bekas saiz container dalam gambar.
- 4 sudu makan susu pekat, kalau nak manis boleh tambahkan lagi.
- 50 gram whipping cream powder, Nurul guna brand Mixlah GFB FOOD SDN BHD. Selain guna untuk aiskrim, banyak lagi kegunaan whipping cream powder ni. Tak rugi pun beli.
- Nak guna brand lain pun boleh, tak ada masalah.
- 5 sudu makan chocolate malt Farm Fresh Milk Malaysia jujur cakap lebih sedap dari brand M. Yang penting kena pandai olah. Selain dijadikan sebagai minuman, boleh juga dijadikan perisa untuk aiskrim macam yang Nurul buat ni.
Nak buat perisa lain pun boleh, atas kreativiti masing-masing.
Cara Membuat:
1. Cara-cara nak buat pun cukup mudah, mula-mula Nurul campurkan 500ml susu full cream bersama 50 gram whipping cream powder. Nurul sebatikan guna mixer, kalau tak ada mixer boleh guna blender.
2. Atau gaul guna whisk pun boleh sebab whipping cream powder ni mudah larut dan cepat kembang. Kemudian barulah Nurul letak susu pekat bersama choco malt powder.
3. Dah siap bancuh semua, ready untuk tuang ke dalam bekas dan bekukan. Semudah A B C, tak perlu masak. Hanya satukan bahan, sebatikan dan dah siap. Bekukan semalaman, esok dah boleh makan.
Nak cuba pelbagai perisa pun boleh. Buatlah apa perisa yang korang suka. Next, Nurul nak cuba buat perisa Matcha dan Pistachio. Jangan lupa buat dan share posting supaya orang lain pun boleh buat aiskrim macam kita juga.
Guna Mixlah Whipping Cream Ni Lenih Mudah >> KLIK DI SINI
Guna Chocolate Malt Farm Fresh Milk Baru Sedap >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Nurul Zainuddin


