Ayam

Resepi Ayam Masak Kerisik

resepi-ayam-masak-kerisik

Resepi Ayam Masak Kerisik

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam besar
3 batang serai, diketuk
3 keping asam gelugor
3 helai daun salam @ 3 helai daun bay kering
2 camca besar gula merah
2 camca besar gula putih
kerisik 3/4 cawan
santan 2 kotak/2 biji kelapa
Garam secukup rasa
kiub ayam 1
Serbuk perasa sikit jika suka

Bahan Kisar –

8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
3 biji cili merah
10 biji cili padi merah
5 biji cili kering
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk jintan putih
1/2 camca serbuk lada putih
2 inci kunyit hidup/1 camca serbuk kunyit
air untuk kisar

Cara Memasak:

1. Ayam cuci bersih dan toskan.

2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam.

3. Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit. Biar mendidih seketika. Masukkan asam gelugor dan juga gula merah, gula putih serta garam.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Pai Ayam

4. Masak dengan api sederhana. Biar mendidih, masukkan santan dan kacau kacau. Bila ayam dah nampak masak cantik dan sedikit pecah pecah, masukkan kerisik. Gaul sebati, kacau hingga kering. Kena selalu kacau sebab mudah hangus.

5. Rasa dan jika perlu tambah apa yang kurang ikut sedap rasa. Masak lagi sekejap, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan.

Resepi Oleh : Ida Shahida


.