Ayam

Resepi Hati Ayam Goreng Kunyit

resepi-hati-ayam-goreng-kunyit

Resepi Hati Ayam Goreng Kunyit

Bahan-Bahan:

Hati dan pedal ayam
Cili merah- dihiris
Bawang besar – dihiris
Daun bawang
Kacang panjang
Cili padi
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya

Bahan Kisar –

Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup/kunyit serbuk
Lada hitam
Cili merah/cabai besar

Cara Memasak:

1. Gaul hati dan pedal ayam dengan garam dan serbuk kunyit.

2. Panaskan minyak dan goreng hati dan pedal ayam hingga masak. Saya biarkan hingga hati tersebut agak garing. Angkat dan ketepikan.

3. Biarkan hanya sedikit minyak yang digunakan menggoreng hati tadi, panaska di dalam kuali untuk menumis pula.

4. Tumis bahan kisar tadi hingga pecah minyak, pastu masukkan hati dan pedal ayam. Gaul bagi sebati.

5. Masukkan air asam jawa sedikit dan kacang panjang dan masak bagi layu sikit.

6. Masukkan cili padi, cili merah, bawang besar, kacau rata. Masukkan garam secukup rasa.

7. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai

Resepi Oleh: Juma Natull – MAHN