Mee

Resepi Mi Bandung Johor Kuah Kena Lebih Pekat

resepi-mi-bandung-johor-kuah-kena-lebih-pekat

Resepi Mi Bandung Johor Kuah Kena Lebih Pekat

Mi Bandung bukan berasal dari Bandung, Indonesia. Bandung dalam nama mi bandung ni bermaksud, campuran atau gabungan. Sebab ia gabungkan daging, dan makanan laut seperti udang dan sotong. Hari ni kita masak Mi Bandung Johor versi Kamarul Ariffin Nor Sadan!

Bahan-Bahan:

  • 1/2 pek mi kuning dicelur
  • 1/2 cawan udang kering/geragau
  • 6 sudu besar cili kisar/giling
  • 5 labu bawang merah
  • 5 ulas basang putih
  • 1 inci halia
  • 1/4 cawan kacang tanah kisar/tumbuk
  • 6 ekor udang
  • 3 ekor sotong
  • 1 ikat sawi atau sayuran kegemaran
  • 1 biji tomato
  • 3 biji telur
  • garam/gula secukup rasa

Cara Memasak:

1. Udang, sianglah ikut cara masing-masing. Yang penting bersih. Sotong pun siang ikut selera masing-masing. Nak rendam tepung ke, nak gonyoh dengan berus ke, terpulang!. Kacang tanah ditumbuk atau ditinju pakai pengisar. Ini saya guna pengisar kering. Jangan halus sangat.

2. Korek-korek laci dapur, tak ada udang kering biasa. Ada udang geragau, pun boleh. Saya pakai cili kering yang dikisar sendiri. Buat banyak-banyak sikit, simpan beku dalam peti ais. Kalau nak beli siap kisar/giling pun boleh. Bawang merah, bawang putih, halia, cili dan udang geragau tadi, dikisar halus!.

3. Lepas tu tumis bahan kisar sampai pecah minyak. Pastikan cili benar-benar masak/garing. Pakai api sederhana, dan banyakkan bersabar. Kemudian masukkan udang dan sotong yang dah disiang tadi. Gaul gaul gaul! Masukkan sikit air juga.

4. Ada orang letak kacang, ada yang tidak. Di Johor, dua dua versi ada. Jadi kalau tak suka kacang, tak payah letak pun tak apa. Saya suka ada kacang, jadi saya letaklah. Seterusnya, masukkan sayur sawi atau sayur kegemaran serta masukkan juga tomato yang telah dipotong kecil.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mee Hoon Goreng Singapore

5. Saya letak sikit sos tomato sebab tomato tadi tak cukup masam. Ini kira bahan tak autentik. Patutnya, kalau tak cukup masam boleh letak asam keping. Saya jarang letak gula dalam masakan tapi mi bandung ni memang kena manis sedikit, jadi saya letaklah juga gula. Lepas masuk gula, masukkan garam. Hati-hati, udang geragau tadi dah masin, jadi tak payah banyak sangat garam. Reneh!.

6. Dah reneh, dah sebati rasa semua benda, masukkan telur, dan biarkan masak. Tak payah dikacau. Tadaaaa! Siap dah mi bandung. Oh ya! Saya tak letak daging sebab tak ada daging di rumah. Kalau nak letak, letak sebelum masuk udang dan sotong tadi. Lepas kita siram kuah bandung tu atas mi kuning dan dihias dengan cili serta daun ketumbar.

Resepi Mi Bandung Johor Kuah Kena Lebih Pekat

Resepi Oleh: Kamarul Ariffin Nor Sadan