Donut Pandan Mudah Uli Guna Tangan
Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat, dah sarapan ke semua?. Cikza pagi ni mendonat, teringin nak makan donat pandan. Alhamdulillah puas makan kalau kita buat sendiri, cikza uli dengan tangan je. Alhamdulillah lembut dan gebu lagi. Pada yang nak mencuba resepi cikza, ada cikza letak kat bawah.
Bahan A:
- 1 peket setengah yis mauripan
- 2 cawan air suam
- 3 Sb gula
- 1 penutup pes pandan
+ Satukan semua bahan dan biar yis naik.
Bahan B:
- 1 kilo tpg gandum
- 2 Sb susu tepung
- 3 Sb susu pekat manis
- 4 Sb majerin pelangi – apa-apa brand pun boleh
- sedikit garam
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan B di atas dan gaulkan sehingga menjadi serbuk. Kemudian masukkan air yis tadi. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
2. Ketepikan dahulu sehingga doh mengembang, tunggu sehingga doh naik sekali ganda. Setelah itu, tumbukkan doh bagi doh turun.
3. Kemudian bahagikan doh dan bulat-bulatkan. Cikza tak guna acuan, cuma bulatkan dengan tangan je. Bila dah habis bulatkan, biarkan doh mengembang sekali lagi baru digoreng dengan api perlahan. Ok, selamat mencuba.
Resepi Oleh: Noriza Awang Hamat