Kuih Muih

Donut Montel Lepas Goreng Fluffy Macam Kapas

donut-montel-lepas-goreng-fluffy-macam-kapas

Donut Montel Lepas Goreng Fluffy Macam Kapas

Donut montel dengan 5 biji burger ikan bilis petang tadi. Timun habis. Resepi donut kentang paling gebu dalam koleksi. Donut ni lepas goreng fluffy je macam kapas. Tak guna resepi lain dah kalau buat donut. Resepi ada kat bawah.

Bahan-Bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 paket yis mauripan (yang 11g tu)
  • 4 sudu besar gula
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 2 biji kentang saiz kecil (rebus dan lenyek sampai lumat)
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil garam
  • Gula kastor untuk golek-golek donut

Cara Membuat:

1. Masukkan tepung gandum, susu tepung dan kentang yang dah lenyek dalam bekas. Satukan air suam, gula dan yis dalam bekas lain. Sebatikan gula, biar sampai yis kembang dulu.

2. Lepas tu cairkan butter, masuk dalam bekas yis tadi. Masukkan garam sekali. Kacau sampai sebati. Masuk sikit-sikit campuran ni dalam bekas tepung. Sambil uli. Uli sampai doh dah tak melekat. Rehatkan dalam 30-40 minit. Biar dia kembang dulu. Tutup bekas tau.

Cuba Resepi Ni:  Donut Pandan Mudah Uli Guna Tangan

3. Dah kembang setaman, korang tumbuk-tumbuk doh tu bagi keluar angin. Korang bayangkan tengah geram kat orang, tumbuk-tumbuk dia sepuas hati. Ok, angin semua dah keluar uli kejap. Lepas tu boleh bulat-bulatkan buat bentuk korang nak. Kalau malas, bulat-bulat je sudah.. hehe.

4. Dah siap, boleh la goreng macam biasa. Tunggu sejuk baru bagi mandi gula. Jangan panas-panas pi salut gula pulak, cair habis gula tu kang. Ok, senang kan?.

Donut Montel Lepas Goreng Fluffy Macam Kapas

Resepi Oleh: Sharinaz Redwan