Kek

Carrot Cake Gula Merah Guna Blender

carrot-cake-gula-merah-guna-blender

Carrot Cake Gula Merah Guna Blender

Carrot cake gula merah by KC untuk santapan keluarga. Kegemaran anak-anak. Mewangi semerbak time bakar kek ni. Memang beraroma keterapian memikat sungguh, nak cuba kc sharekan resepi. Mudah sangat penyediaan dia. Tak perlu mixer, hanya guna blender. Sangat mudah buat kek ni.

Bahan-Bahan dan Cara Membuat:

1. Bahan-Bahan untuk blend (Blend semua bahan-bahan ini);

  • 1 cwn minyak masak
  • 1 cawan gula merah (kc keluarkan 2 sudu besar dr 1 cawan untuk kurangkan manis. Kc campur dark molases + gula merah. Baru lagi sedap lemak manis dan lebih sihat)
  • 1 tsp garam
  • 4 biji telur

2. Bila dah siap blend, tuang ke dalam basin atau mangkuk besar. Masukkan 1 1/2 cawan tepung kek naik sendiri + 1 tsp baking soda. Baking soda ni takde pun takpe, nak letak pun boleh. Kalau takde tepung naik sendiri boleh guna tepung gandum biasa campur 2 tsp serbuk penaik. Diayak terlebih dahulu.

3. Kemudian, masukkan1 tsp esen vanila dan 1 tbsp perahan lemon/limau nipis atau cuka makan pun boleh kalau takde lemon. Masukkan 150g carot yang telah diparut atau lebih pun boleh. Parutan yang halus lebih menggebukan kek. Jangan sesekali blender carrot, nanti kek bentan jadi basah. Pastikan parutan tu tak berair ok, kalau berair toskan dalam penapis dan tekan-tekan dengan sudu bagi dia kering sket.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Labu Karamel Kukus

4. Setersunya, masukkan 1 tbsp cinnamon powder dan jika suka boleh masukkan 1/2 cawan walnut panggang. Kacau sebati semua bahan-bahan di atas. Sapu loyang dengan mentega dan masukkan adunan tadi. Tabur dengan chocolate chip jika suka. Panaskan oven dan bakar kek selama 40 minit dengan suhu 180c atau mengikut oven masing-masing hingga masak.

Carrot Cake Gula Merah Guna Blender

Resepi Oleh: Shida Razak KC