Ayam, Masakan Thai

Tom Yam Ayam Tanpa Pes Guna Bahan-Bahan Segar

tom-yam-ayam-tanpa-pes-guna-bahan-bahan-segar

Tom Yam Ayam Tanpa Pes Guna Bahan-Bahan Segar

Nak masak tomyam tapi pes tak ada? Tak jadi masalah. Kita buat ramuan tomyam dari bahan segar. Tak susah pun. Jom masak!.

Bahan-Bahan:

  • 500g isi ayam
  • 1 batang serai
  • 1 biji limau nipis
  • 1 inci lengkuas
  • 1 biji bawang Holland
  • 2 sudu cili kisar
  • 2 batang cili merah
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 3 biji bawang merah(kecil)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu kecil udang kering
  • 1 biji tomato
  • 1 ikat daun ketumbar
  • 200ml air
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

1. Isi ayam. Kulit dan lemak dibuang. Potong tipis tipis. Kalau nak potong dadu pun boleh. Kisar bahan-bahan segar seperti serai, lengkuas, bawang, cili, udang kering, dan daun limau purut, kecuali limau nipis. Kisar sampai halus dan mulus.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang dah dikisar halus mulus kumulus nimbus tadi. Pastikan sampai naik bau harum!. Masuk cili kisar dan tumis lagi. Masukkan air dan diikuti dengan sos ikan!. Gunakan apa-apa jenama pun tak kisah. Asalkan halal.

3. Masukkan lobak merah. Eh lupa nak tulis dalam senarai bahan tadi. Masukkan isi ayam perlahan-lahan. Kalau nak manis semulajadi , masukkan bawang Holland. Perah limau. Jangan terpercik air liur semasa perah air limau ke dalam periuk.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Kurma Berempah

4. Akhir sekali, masukkan tomato, garam dan gula secukup rasa. Campak daun ketumbar yang dicarik. Kalau nak pedas letak cili api dalam tomyam kau orang. Fuh! Lihat ni! Masih dalam kuali pun dah lebih cantik dari hidangan di kedai Siam.

Hidang dalam mangkuk begini. Hiruplah sup tomyam padu ni! Masam, masin, pedas. Ada sedikit kemanisan bawang dan lobak merah. Memang bertambah kalau makan dengan nasi dan telur dadar.

Tom Yam Ayam Tanpa Pes Guna Bahan-Bahan Segar

Resepi Oleh: Kamarul Ariffin Nor Sadan