Resepi Kek Span Marble Susu

Resepi Kek Span Marble Susu

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/3 cawan susu tepung
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan susu segar
  • 6 biji telur
  • 40g ovalette
  • 80g mentega (dicairkan)
  • Sedikit serbuk vanila (saya tambah)

Cara-cara:

1. Pukul kesemua bahan-bahan (kecuali mentega cair) sehingga menjadi warna putih dan betul-betul gebu. (Part ni saya pukul telur + ovalette + gula dan vanila sekali sehingga hampir gebu dan pekat. Kemudian, saya masukkan tepung dan susu segar. Pukul hingga gebu. Kemudian saya ikut step no 2).

2. Cedokkan sedikit adunan dan gaul bersama mentega cair. Kemudian tuangkan semula ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.

3. Sapukan loyang dengan mentega dan taburkan tepung gandum. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Titiskan pewarna-pewarna yang diingini.

5. Gunakan lidi dan lorekkan pewarna untuk hasilkan corak yang diingini. Hentakkan loyang beberapa kali.

6. Bakar 35 ke 40 minit pada suhu 170°C dengan setting bakar atas-bawah. Siap untuk dihidang!

Resepi Kek Span Marble Susu

Resepi Asal : Ana Hj Bakawi
Dicuba Oleh : Naazira Parveen Afrar Ahmad