
Cara Masak Sup Daging Siam
Hujan-hujan ni mudah rasa lapar kan. Kalau hirup sup panas-panas nikmatnya. Ben beri resepi dan tips buat Sup Daging Siam ikut tekak Ben. Memang ikut stail Thailand yang dijual kat kedai masakan panas. Sup Daging Siam. Sedap sangat hiruppp oi.
Paling mudah. Tapi rasa dia sama macam beli kat kedai masakan panas cuma lagi best sebab guna daging lembu tempatan, minyak tak banyak dan masak dengan kasih sayang.
Bahan-Bahan:
- 500-800 gram daging lembu rebus dengan 200ml air 35-40 minit api kecil dan tutup periuk. Buka sikit je bagi ruang keluar.- Ben guna daging lembu tempatan.
- 500 ml air kosong
- 1 1/2 pek perencah sup siam Adabi
- 2 ulas bawang putih ketuk
- 1 batang saderi panjang
- 1 batang akar daun ketumbar ketuk
- 4-5 tangkai daun ketumbar
- 1-2 tangkai daun bawang
- 2-3 cili Thai ketuk
- 1/2 bawang Holland saiz besar
- 2 biji tomato belah 4
- 1 biji besar asam limau
- 3 sudu makan sos ikan
- Garam, serbuk perasa, bawang goreng secukupnya kalau perlu.
Cara Buat:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, lada Thai ketuk, akar daun ketumbar, 2/3 bahagian tomato hingga bawang betul-betul layu. Baru tambah 700 ml air (air + air rebusan daging), daging rebus, daun ketumbar, perencah, sos ikan dan tomato. Buka api besar, tutup periuk dan didihkan.
2. Bila dah mendidih, perasakan ikut tekak dengan serbuk perasa, garam sikit, hirisan asam limau hingga rasa masam pedas aroma sup. Air jangan kurang jangan lebih seperti di atas untuk sukatan ini.
3. Dah siap. Boleh taburkan dengn bawang goreng. Fuhh sedap hirup. Berbaloi baloi makan nasi lawan dengan sayur kangkung goreng sotong. Menambahhh. Nak betul-betul sedap memang kena guna daun ketumbar, dan proses layukan tu kena main peranan serta api besar. Masakan panas kan.

Resepi Oleh: Ben Safwan