Resepi Roti Kawah Inti Strawberry

Resepi Roti Kawah Inti Strawberry

Bahan-Bahan:

  • 125 ml (2 biji kuning telur + air)
  • 50 gm gula
  • ½ sk garam
  • 250 gm tepung gandum
  • 1 sb yis
  • 50 gm marjerin
  • Inti strawberry

Streusel Topping:

  • 25 gm majerin
  • 30 gula
  • 50 tepung gandum

(campur gula dan majerin sehingga sebati. Kemudian masukkan tepung. Kacau sampai menjadi serbuk)

Cara Buat:

1. Campur semua bahan ke dalam bread maker kecuali majerin dan inti. Uli sampai doh berketul masukkan majerin. Uli sehingga licin dan elastic.

2. Keluarkan doh dan perap doh naik 2 kali ganda. Tekan angin doh dan timbang (20 gm). Bulatkan kemas dan rehatkan doh selama 10 minit.

3. Kemudian tekan doh menggunakan tapak tangan. Tekap dengan penutup botol di tengah-tengah dan letak inti strawberry.

4. Bila dah cukup kembang sapu tepi doh dengan air dan tabur streusel topping.

5. Bakar suhu 170 api atas dan bawah selama 15 minit atau sehingga masak.

Resepi Roti Kawah Inti Strawberry

Resepi Oleh: W. Sakinah