Nasi

Resepi Bubur Kerak Nasi

resepi-bubur-kerak-nasi

Resepi Bubur Kerak Nasi

Selalu lebihan nasi sejuk pun boleh buat bubur. Sekarang ni kerak nasi pun jangan buang, boleh jadi hidangan mewah untuk keluarga time-time perintah kena jimat cermat. Janji kreatif letak la apa yg ada.

Bahan-Bahan:

  • 1 mangkuk kerak nasi – letak sedikit air biarkan kerak kembang dalam periuk
  • 2 ketul isi ayam
  • 1/2 sudu kecil lada putih **
  • 1/2 sudu kecil lada sulah berperisa **
  • 1 sudu makan serbuk cukup rasa **
  • 1/2 sudu garam halus – jika perlu untuk sesuaikan rasa
  • 2 1/2 cawan air panas

Bahan Sampingan:

  • carrot – diparut
  • kubis – diparut
  • 2 biji cili api – dipotong
  • 1 sudu makan – minyak bawang putih
  • tabur sedikit lada hitam berperisa

Caranya:

1. Isi ayam direbus hingga masak kemudian carikkan dan ketepikan.

2. Ambil kerak yang kembang tadi, masukkan ke dalam blender kisar kasar, sekali dua sahaja, tak perlu halus sangat. Tak nak kisar pun pun boleh kerak dah lembut.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Lemak Pandan Wangi Semerbak

3. Masukkan ke dalam periuk, letak air panas masak sebentar sambil masukkan semua bahan bertanda ( ** ).

4. Segera dihidang letak semua bahan sampingan dalam mangkuk bubur nasi bersama isi ayam.

Resepi Bubur Kerak Nasi

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish