Manisan

Cara Buat Agar-Agar Cendol Gula Merah

cara-buat-agar-agar-cendol-gula-merah

Cara Buat Agar-Agar Cendol Gula Merah

Kelmarin dah share resepi agar-agar lumut. Harini nak share resepi agar-agar cendol gula merah. Sedap makan sejuk-sejuk. Boleh la buat untuk juadah berbuka nanti. Sebelum ni kalau buat agar-agar lapis mesti atas dan bawah terpisah sebab tak melekat elok walaupun dah cucuk dengan garfu. Tapi harini sis dah pandai, kalau nak manis lebihkan gula sebeb resepi kemanisan sedang-sedang saja.

Bahan Lapisan Gula Merah:

  • 5 gm agar-agar serbuk
  • 2 cawan air
  • 5 sb gula merah

Bahan Lapisan Cendol:

  • 5 gm agar-agar serbuk
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 sk garam
  • 2 sb gula biasa

Cara Membuat:

1. Lapisan gula merah; Masak bahan lapisan gula merah sehingga agar-agar larut. Kemudian tapiskan ke dalam bekas. Bila dah separuh beku cucukkan dengan garfu. Cucuk banyak tempat.

2. Lapisan cendol; Masak lapisan cendol seperti masak lapisan gula merah tetapi jangan masukkan cendol dahulu. Bila agar-agar dalam lapisan santan dah larut tapiskan dan masukkan cendol.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mudah Agar-Agar Lapis Pelangi

3. Kemudian, tuang ke atas adunan gula merah menggunakan senduk. Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam peti ais.

Tips: Jangan tunggu beku baru cucuk. Bila lapisan bawah separuh beku terus cucuk guna garfu. Cucuk banyak tempat. Tips ni saya tengok kat u tube. Siap. Selamat mencuba!.

Cara Buat Agar-Agar Cendol Gula Merah

Resepi Oleh: Nur Haziqah