Ayam, Kari

Resepi Gulai Ayam Terengganu Simple Tapi Sedap

resepi-gulai-ayam-terengganu-simple-tapi-sedap

Resepi Gulai Ayam Terengganu Simple Tapi Sedap

Lunch.. saya buat menu simple je. Nasi berlauk gulai ayam terengganu Rempah Cap Bunga Rose… alhamdulillah.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor Ayam dibuang kulit – dipotong 8 – dicuci bersih
  • santan kelapa dari 1 biji kelapa size sederhana (2 kali perah)
  • 4 sudu besar Rempah Gulai cap bunga rose
  • 2 sudu besar Rempah Masak cap bunga rose
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • 2 biji kentang
  • 1 sudu besar nise @ gula melaka
  • 1 keping asam keping size besar
  • 1 1/2 sudu besar kerisik
  • Garam (saya guna garam kasar)
  • Aji – optional
  • 7 biji Cili api merah & 7 biji cili api hijau

Bahan Kisar Halus:

  • 2 biji Bawang besar
  • 3 ulas Bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam periuk yang bersesuaian dan tumis cili kering kisar hingga naik bau. Masukkan bahan-bahan yang dikisar halus dan tumis hingga terbit minyak atau sehingga agak garing.

2. Satukan rempah gulai dan rempah masak dalam satu bekas, basahkan rempah dengan sedikit air. Masukkan rempah dalam tumisan dan kacau sebati dalam 5 minit.

3. Masukkan ayam dan kacau sehingga rata. Masukkan air dalam 1 mug. Masukkan nise atau gula melaka dan asam keping kemudian gaul rata. Tutup periuk dan biarkan ayam masak lebih kurang 10 minit.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuah Dalca

4. Buka penutup periuk dan masukkan santan, biarkan mendidih dan kali ni jangan tutup periuk dengan penutup. Bila dah mendidih, masukkan kentang, kerisik, dan garam kemudian masak hingga ubi kentang empuk.

5. Perlahankan api dapur, sesuaikan rasa dan bila dah cukup rasa, masukkan cili api merah dan cili api hijau. Biarkan ia mendidih lagi dengan api perlahan dalam 10 minit lagi.

6. Bila nampak kuah gulai dah terbit minyak, tutup api dapur. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Gulai Ayam Terengganu Simple Tapi Sedap

Resepi Oleh: Adnil Sam