Ayam

Resepi Ayam Goreng dan Pulut Kukus Hatyai

resepi-ayam-goreng-dan-pulut-kukus-hatyai

Resepi Ayam Goreng dan Pulut Kukus Hatyai

Siapa suka makan pulut ayam angkat tangan? Pertama kali kak lina sekeluarga cuba pulut ayam ni, eh sedap lah… kitorang suka sangat!

Bahannya:

  • 3 keping peha ayam, bersihkan

Perapan Ayam:

  • Segengam bawang putih, di cincang kasar
  • 2 sudu kecil biji ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk lada putih
  • 2 sudu besar akar & batang ketumbar di cincang halus
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu kecil garam

Caranya:

1. Dalam food processor, kisar biji ketumbar, bawang putih, akar ketumbar dan batangnya bersama-sama. Bila telah siap di kisar masukkan sos ikan, sos tiram, lada putih dan garam. Kisar lagi hingga menjadi pes.

2. Dalam mangkuk atau ziplock bag, satukan bahan kisar dan ayam, gaul sebati, tutup dan perap di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 8 jam. Saya perap selama 24 jam.

Bahan Celupan:

  • 3/4 cawan tepung beras
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh garam
  • 1 1/2 cawan air

Caranya:

1. Satukan semua bahan ke dalam mangkok adunan dan kacau sebati.

2. Panaskan minyak, celupkan setiap keping ayam dan perlahan-lahan masukkan ke dalam kuali.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mee Kari Ayam Istimewa

3. Goreng hingga kekuningan, tabur bawang goreng dan hidangkan dengan pulut kukus dan sweet chili sauce.

Cara Buat Pulut Kukus

Bahannya:

  • 500g beras pulut – cuci/rendam (Kalau guna beras pulut susu (Thai) – rendam hanya 3-4 jam sahaja)

Caranya: Kukus pulut bersama daun pandan, cam biasa (boleh jugak letak daun pandan dalam air kukusan). Kukus 30 minit atau hingga masak. 15 minit pertama buka periuk kukus dan renjis-renjis dengan air masak pada permukaan pulut, tutup semula periuk dan kukus semula sehingga masak.

Resepi Ayam Goreng dan Pulut Kukus Hatyai

Resepi Oleh: Lina Thomas