Sambal & Pencicah

Resepi Kacang Pedas Bilis

resepi-kacang-pedas-bilis

Resepi Kacang Pedas Bilis

Bahan-Bahan:

  • 1 kg kacang tanah
  • rm 5 ikan bilis
  • 3 senduk lada mesin (ikut orang la nak jenis pedas ke tidak)
  • 10 ulas bawang putih (blend)
  • minyak secukupnya
  • gula secukupnya
  • garam secukupnya
  • 2 sudu makan gula merah
  • 3 biji gula batu
  • 1/2 cawan air

Cara Buat:

1. Goreng kacang tanah dengan minyak yang banyak dan api yang slow (makan masa la ye).

2. Kalau nak garing (jangan sampai pahit) angkat dan toskan miyak. Goreng pulak ikan bilis sampai garing dan toskan.

3. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan dalam sesenduk je dalam kuali tu. Tumiskan bawang putih tadi sampai kuning-kuning sikit, masukkan lada mesin, gula, garam, gula merah dan gula batu serta air. Api slow kacau sampai dia likat dan pekat (sambil tu rasa la, apa-apa yang kurang tambah).

4. Bila dah cukup rasa semua uolls tutup la api dan biarkan sejuk. Bila dah betul-betul sejuk baru la uolls gaulkan kacang dan bilis dalam lada tu tadi.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sambal Bilis Kering Salted Egg

5. Masukkan dalam tapis untuk toskan minyak dan simpan dalam bekas bertutup. Siap!

Resepi Kacang Pedas Bilis

Resepi Oleh: Faizah Md Zain