snek, Snek

Cara Buat Popia Simpul Isi Tauhu Berlauk

cara-buat-popia-simpul-isi-tauhu-berlauk

Cara Buat Popia Simpul Isi Tauhu Berlauk

Popia Simpul isi Tauhu berlauk. Ranggup di luar dan lembut berperisa di dalam cara dapur polis. Makan ni kena tadah tangan skali gigit jatuh berderai serpihan popia super crunchy!.

Bahan Kisar:

  • 1 keping tauhu petak biasa
  • 2 batang tauhu telur
  • 1 pek tauhu lembut
  • 3 biji telur
  • 1 ketul kiub pati ayam

Kisar semua bahan di atas hingga lumat

Bahan Sayur/Isi:

  • 1 mangkuk isi ayam
  • 2 tangkai daun bawang dihiris
  • 1/2 biji bawang holland potong dadu
  • 1/2 biji lobak merah disagat halus
  • 4 biji cendawan butang dihiris nipis
  • 1 sudu kecil penuh serbuk lada putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • gula dan garam saji secukup rasa

Cara Membuat:

1. Dalam bekas besar, satukan semua bahan di atas dan kacau sebati lalu kukus hingga masak. Setelah masak dan sejuk, bolehlah potong dadu.

2. Ambil tauhu kukus yang telah dipotong tadi, letak hujung kulit popia (sebaiknya guna kulit popia saiz kecil) dan gulung hingga hujung lalu simpulkan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Ayam Masak Lada Hitam

3. Goreng dengan api perlahan hingga perang. Siap. Cicah bersama sos kegemaran atau juga sesuai cicah bersama sambal cili kicap.

Nota: Tauhu lebih boleh celup dalam telur yang dipukul lalu goreng hingga perang maka jadilah tauhu goreng berlauk.

Cara Buat Popia Simpul Isi Tauhu Berlauk

Resepi Oleh: Aisyah Humaira