Tauhu Bergedil Gedempol Sedap Makan Dengan Sambal Kicap
Hari ni cik nad buatkan suami dan anak-anak tauhu bergedil gedempol. Sambil tengok tv kita layan lah gedempol ni kena pulak dengan teh o panas. Atas permintaan kawan-kawan cik nad sertakan resepi lengkap di bawah. Jom buat tauhu bergedil gedempol ala cik nad.
Bahan Inti Tauhu:
- Kentang dipotong nipis*
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Daging cincang (ditumis asing)
- Tauhu pok
- Garam
- Perasa
- Daun bawang/daun sup
- Lada sulah
Cara Membuat:
1. Bahan bertanda (*) digoreng sehingga layu dan kekuningan, angkat dan toskan minyak. Kemudian, masukkan dalam bekas yang bersih dan tumbuk bahan yang digoreng tadi.
2. Masukkan daging cincang, garam, sedikit perasa, lada sulah, dan daun sup atau daun bawang. Tumbukkan sekali sehingga sedikit lumat. Ambil tauhu pok, potong permukaan atas sedikit dan sumbat inti tadi ke dalam tauhu sehingga padat.
3. Ambil 3/4 biji telur ikut berapa banyak tauhu yang mahu di goreng. Gaul dengan sedikit garam dan ketepikan. Celup tauhu pok ke dalam telur, gaul mesra dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap dan boleh dihidang.
Sambal Kicap Berapi:
- cili padi hijau
- cili padi merah
- bawang putih
- kicap manis jalen
- garam
- gula
Kisar semua bahan diatas dan masak seketika.
Boleh Juga Rasa Sambal Kicap Johor Meletup 100% Homemade Ni >> Klik Di Sini
Resepi Oleh: Naddy’s Kitchen