Cara Buat Kuih Lapis Pandan

Cara Buat Kuih Lapis Pandan

Lama tak buat kuih muih. Daun pandan pun tengah ada banyak stock ni.

Bahan-Bahan:

  • 125 gr tepung beras
  • 125 gr tepung ubi kayu
  • 25 gr tepung pulut
  • 100 gr gula
  • 1 kotak/200 ml santan
  • 300 ml air
  • 25 ml jus pandan
  • 1/2 sdt garam

Cara Buat:

1. Satukan kesemua bahan kecuali jus pandan. Tapis dan bahagikan kepada 2 bahagian. 1 adunan ketepikan, lagi 1 adunan letak jus pandan.

2. Panaskan kukusan, alaskan plastik pada loyang. Masukkan adunan pandan dan kukus selama 10 minit. Lapiskan pula adunan santan, kukus selama 7 minit.

3. Ulangi sehingga habis, setiap lapisan 7 minit dan lapisan terakhir 20 minit guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.

4. Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik. Selamat mencuba and happy cooking!

Nota: Untuk jadikan kuih tahan lebih lama dari basi, lepas siap kukus, bukak penutup kukusan dan biarkan atas api dalam 5 minit, supaya wap air atas kuih kering dan kuih tak cepat basi.

Guna Pengukus Elektrik Macam Ni Kuih Cepat Masak! >> LIHAT DI SINI

Cara Buat Kuih Lapis Pandan

Resepi Oleh: Kuali Helena