
Resepi Nasi Kuning dengan Ayam Masak Bali
Resepi Nasi Kuning
Bahan-Bahan:
4 cawan beras
*1 labu bwg besar
*3 ulas bwg putih
(bahan bertanda * dihiris halus)
1 inci halia – diketuk
3 helai daun pandan – disimpul
sedikit bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
1 sb majerin
sedikit minyak masak
air secukupnya
garam
pewarna kuning
Cara-cara:
1. Panaskan kuali, masukkan majerin dan minyak masak. Goreng bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
2. Masukkan bahan yang dihiris, halia, daun pandan dan goreng sehingga layu dan kekuningan. Tutup api.
3. Masukkan beras dan air yang secukupnya ke dalam rice cooker. Tuang bahan tumisan tadi.
4. Masukkan sedikit garam, pewarna kuning. Masak seperti biasa. Siap.
Resepi Ayam Bali
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam
4 batang serai – ketuk
3 tangkai daun kari
*2 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
(bhn bertanda * diblender)
1 senduk kecil cili kisar
kicap manis secukupnya
gula & garam secukup rasa
Cara-Cara:
1. Lumur ayam dengan kunyit & garam. Goreng sehingga masak. Jangan terlalu garing nanti kurang sedap.
2. Panaskan kuali, masukkan serai dan goreng sehingga keperangan.
3. Masukkan daun kari. Goreng sehingga sedikit garing.
4. Masukkan cili kisar, kacau & tunggu sampai pecah minyak.
5. Lepas tu masukkan bahan yang telah dikisar. Gaul sebati & tunggu sehingga pecah minyak.
6. Masukkan kicap, sampai warna maroon ye, letak gula garam secukup rasa.
7. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul mesra.
8. Boleh taburkan bawang yg dihiris bulat dan tomato. Siap. Selamat mencuba.
RResepi Oleh: Atier Syah