
Resepi Mushroom Soup yang Paling sedap
Bahan-Bahan:
1 biji bawang besar
1 labu bawang putih
3 batang celery
1 peket cendawan shitake
1 peket apa2 jenis cendawan yang korang nak masukkan
1 tin susu sejat
2 sudu italian herbs
Garam dan gula secukup rasa korang lah eh
Cara-cara:
1. Tumis bawang putih dan besar.
2. Masukkan semua cendawan, celery yang dah dipotong kecik-kecik. Asingkan 5 biji cendawan shitake dan potong dadu untuk dimasukkan kemudian. Jangan blend sekali yang didadu tu.
3. Masukkan air sehingga paras semua bahan tenggelam eh.
4. Dah layu cendawan, celery semua tu. Sejukkan.
5. Blend bahan-bahan ditumis tadi lepas tu masuk dalam periuk, masak lagi.
6. Masukkan 1 tin susu sejat dan cheese.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Hidangkan bersama garlic bread! Sesuai dimakan di majlis keramaian, waktu sarapan dan dinner.
Resepi Oleh: Fitri Norshakila Muhamad