Cara Buat Ikan Pais

Cara Buat Ikan Pais

Bahan-Bahan:

  • Ikan – Terpulang nak guna ikan apa (patin terubuk, siakap, ikan kembong, pari dan pelbagai)
  • 2-3 helai daun kunyit untuk balut ikan (kalo ada daun pisang lagi baik)
  • 1 helai daun kunyit hiris nipis
  • 1 sdb pes asam jawa

Bahan Tumbuk –

  • 8-10 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 sdb serbuk kunyit
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 batang serai (hiris baru tumbuk)
  • 1 genggam (lebih kurang 1/2 cawan) kelapa parut
  • 1 sdt gula
  • 1 sdt garam

+ Tumbuk semua bahan guna lesung batu

Cara Buat:

1. Ambil sedikat asam jawa buang biji jangan letak air tau, gaul dalam bahan yang ditumbuk tadi.

2. Masukkan 2-3 sudu besar minyak masak dan masukkan daun kunyit yang dihiris halus, gaul juga bersama bahan yang ditumbuk. Sumbat bahan dalam ikan dan lumur disemua badan ikan, balut ikan.

3. Panaskan kuali, letak 3-4 sudu besar minyak masak. Masukkan ikan, tutup kuali guna tudung periuk dan biarkan selama 15 minit. Guna api sederhana.

4. Kemudian, terbalikkan ikan dan tutup semula tudung periuk dan masak lagi selama 10 minit. Siap dan bolehlah dihidang.

Cara Buat Ikan Pais

Resepi Oleh: Mariana Zainal