Resepi Kek Ogura Unikorn
Bahan-Bahan:
Bahan A –
- 5 kuning telur gred A
- 1 biji telur gred A
- 1/4 sudu garam halus
- 70 gram minyak jagung
- 95 gram santan pekat kotak
- 70 gram tepung kek (diayak)
Bahan B –
- 5 putih telur
- 70 gram gula kastor
- 1/4 sudu jus lemon atau cuka masakan
Cara Buat:
1. Pukul ringan telur kuning dan sebiji telur. Masuk minyak jagung, santan dan garam. Pukul sebati. Masukkan tepung dan kacau. Kemudian tapiskan adunan, ketepikan.
2. Pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan jus lemon dan gula kastor sikit-sikit hingga habis. Pukul hingga jadi soft peak (kembang gebu bertanduk).
3. Masuk adunan meringue putih telur yang dipukul tadi sikit-sikit ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan whisk hingga adunan jadi sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan masukkan warna unikorn iaitu biru turquoise, kuning lemon, pink dan ungu.
5. Lapik loyang 7″ atau 8″ dengan baking paper, tak perlu lenser dengan butter. Letak setiap adunan warna secara rawak bertindan-tindan hingga habis. Hentak loyang untuk keluarkan buih udara.
6. Bakar guna kaedah waterbath dengan suhu 160°c selama 1 jam atau hingga masak ikut oven masing-masing ye. Keluarkan loyang waterbath dan bakar lagi kek dalam 10 minit untuk keringkan bawah dan tepi kek.
7. Lepas kek masak stay dalam oven sekejap, renggangkn pintu oven sikit pastu baru keluarkan kek dari oven. Tunggu kek sejuk dahulu baru dipotong. Selamat mencuba.

Resepi Oleh: Noriza Jaja