
Resepi ikan bakar nie Efy dapat daripada pekerja ayah Efy dulu. Resepi ikan bakar dia memang sangatt sangat sedap. Memang beratur orang beli.
Resepi Ikan Bakar Sedap
Bahan Bahan:
Bahan Perap –
Ikan cencaru (terpulang nak ikan apa)
Limau kasturi 8 biji/limau nipis 4 biji (lagi banyak lagi sedap ikan)
Garam
Serbuk kunyit
Bahan Kisar –
Cili kering yang dah direbus (dalam 1 genggam )
Bawang besar 1 bijik
Bawang putih 4 bijik
Halia 1 inci
Lengkuas 1 inci
Daun Limau purut
Daun kunyit
Serai
Belacan
Nenas ( Dalam resepi ni tak ada, lupa nak beli 😂)
Air
Minyak masak sikit
Bahan Lain –
Sos tiram
Garam
Gula 3 sudu makan
Serbuk cukup rasa
Daun pisang untuk bungkus ikan
Cara Buat:
1. Perap ikan yang sudah di bersihkan dengan garam, serbuk kunyit dan limau.
2. Blend kesemua bahan kisar. Campur sedikit minyak untuk halus kan bahan.
3. Masak bahan yang telah di kisar tanpa minyak. Setelah bahan kisar masak masukkan sos tiram dalam 3 senduk.
4. Perisakan dengan garam, gula, serbuk cukup rasa. Sumbat ikan dengan sambal yang dah di masak tadi.
5. Balut dengan daun pisang. Bakar ikan sampai masak. Dah siap boleh laa makan dengan nasi panas panas.
Resepi Oleh: Efy Masril – MAHN