Daging

Resepi Daging Dendeng Berlado Tidak Garing

resepi-daging-dendeng-berlado-tidak-garing

Resepi Daging Dendeng Berlado Tidak Garing

Kot la esok ada yang nak masak daging kan.

Bahan Perapan Daging:

  • 1/2 kilo daging segar (dipotong dadu agak besar)
  • 5 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • 1 sudu besar biji ketumbar (tumbuk halus)
  • 2 inci halia (tumbuk halus)
  • Garam secukupnya

Cara Membuat:

1. Perap daging dengan bahan yang ditumbuk dan garam. Perap sekejap dalam 10 minit dan kemudian direbus daging dengan sikit air (menutupi daging).

2. 10 minit pertama lepas rebus, toskan daging dan tumbuk daging hingga separa leper. Kemudian rebus semula hingga air daging kering/empuk. Kemudian toskan daging dan dan tumbuk sekali lagi (tapi jangan leper sangat sekadar isi die tercerai sikit). Kemudian goreng sekejap dan ketepikan.

Bahan Untuk Sambal:

  • 5-7 btg cili merah besar
  • 7 btg cili padi merah
  • 5 ulas bwg putih
  • 10 atau lebih ulas bawang merah india/indonesia (yang kecil-kecil tu)
  • Setengah sudu pes asam jawa
  • Garam, Pak Aji dan Gula Secukupnya

Cara Membuat:

3. Blend tanpa air atau tumbuk kasar bawang putih, merah dan cili-cili tersebut. Tumiskan bahan tumbuk dalam minyak dan masak sehingga bawang dan cili layu. Tak perlu tambah air.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Daging Masak Hitam Kak Zue

4. Masukkan pes asam jawa, garam, pak aji dan gula dan kemudian siap. Gaul rata daging tadi bersama sambal tu. Siap.

Nota: Tekstur daging dia tak garing ye. Dia gebu-gebu empuk ala-ala sambal penyet. Kalau untuk sambal nak letak tomato dan belacan pun boleh tapi nanti dia jadi sambal penyet la. Tapi boleh je ikut suka selera anda kan.

Resepi Daging Dendeng Berlado Tidak Garing

Resepi Oleh: Tina Zahra Zamanuddin