Ayam

Resepi Ayam Goreng Serai ala Thai

resepi-ayam-goreng-serai-ala-thai

Resepi Ayam Goreng Serai ala Thai

Bagi yang suka ayam goreng, resepi Ayam Goreng Serai ala Thai pasti menggamit selera korang. Hihihi, senang ajelah nak buatnya, rasa sedapnya memang meletop dan lain dari kebiasaan ayam goreng. Cubalah!

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam – dipotong sederhana kecil
  • 3 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 akar ketumbar
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar telung jagung
  • Daun limau purut – dihiris halus
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak:

1. Potong serai panjang lebih kurang 4 cm. Ini supaya bila serai ditumbuk. Seratnya jadi cantik panjang-panjang. Bila goreng nanti jadi rangup. Tumbuk-tumbuk kasar ajer.

2. Ini bahan tumbuk bagi perapan, bawang putih, akar daun ketumbar, dan lada hitam. Tumbuk bahan perapan, tak perlu terlalu hancur. Kasar sedikit tak pe.

3. Masukkan semua bahan kecuali daun limau purut bersama ayam ke dalam mangkuk. Daun limau purut untuk ditaburkan last skali. Sambil tu carik-carikkan serai supaya tak bergumpal. Nanti bila goreng jadi tak cantik.

4. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga nampak agak garing. Angkat dan toskan. Sambil-sambil goreng ni baunya harum sungguh, sabar la ye.

5. Tadaa.. dah siap. Nak bagi cantik dan nak tambah kesedapannya, taburkan daun limau purut. Cicahkan dengan sos cili thai, rasanya memang padu. Bagai pinang dibelah dua gitew, selamat mencuba.

Resepi Ayam Goreng Serai ala Thai

Resepi Oleh: Khadijah Jaafar