
Cara Buat Donut Kampung Gebu
Sebab ramai yang request nak resepi walaupun cara buat donut gebu ni style kampung ja. So, Kekda share lah kat sini kot ada hat nak try na?. Resepi ni boleh buat untuk roti goreng atau pau goreng jugak.
Bahan-Bahan:
- Tepung Gandum 400g
- Yis 1/2 Paket
- Gula
- Garam
- Mentega (cook & baked punya)
- Air Suam
+ Tangan Yang Sado untuk menguli
+ Besen atau bekas untuk nguli, takde bekas cariklah papan pun takpe.
Cara-Cara:
1. Sukat tepung gandum sebanyak 400gram. Letakkan di dalam besen bersama gula 2 sudu, garam 1 sudu kecil dan mentega 1 sudu setengah.
2. Sediakan air suam separuh cawan bersama 1 sudu gula untuk rendam yis dan aktifkan yis. Biarkan sekejap sekitar 10-15 minit sehingga yis aktif dan elok kembang melimpah. Makesure air suam tau bukan air panas or sejuk nanti yis tu tak menjadi atau mati. Dah mati tak boleh hidup dah. Sama macam kita huhu.
3. Di dalam bekas adunan tepung dan bahan-bahan lain tadi, buat bulatan ditengah-tengah dan curahkan yis yang dah melimpah tadi tu.
4. Uli sehingga sebati dan sehingga doh tidak lagi melekat ditangan. Sukatan air kena pepandai adjust jangan terlalu banyak. Biasanya air rendaman yis tadi dah cukup elok dah. Kalau doh nampak lembek atau kering sangat, adjust kuantiti air tadi okey.
5. Uli uli uli dan uli sehingga jadi sado. Taklah uli lah setakat mampu jangan sampai tersalah urat tangan pulak. Kekda tadi uli sekejap je haaa. Dalam 10 minit je kot. Rehatkan doh sekejap bagi kembang (sekitar 15-20 minit).
6. Agak-agak doh dah kembang, tumbuk-tumbuk kasi keluar angin sekejap, picit-picit halus pun bisaa. Asal keluar angin tu. Jangan korang pulak kuar angin lain doh kang.
7. Bulat-bulatkan doh kepada size donut yang korang nak. Kekda buat sedang-sedang tak terlalu kecil dan tak terlalu besar. 400g doh tadi Kekda dapat dalam 20 biji donut. Okeylah kan?. Rehatkan sekejap (5-10 minit), bagi dia naik sikit.
8. Then setiap doh yang dah dibulatkan tu, cucuk jari di tengah-tengah tu dan bentukkan bentuk donut. Kekda buat pakai tangan jaa, tak dak acuan nak buat donut jadi bulat elok. Tapi pakai tangan pun okey ja, jadik bulat gak.
9. Lepastu bolehla goreng sehingga keperangan. Agak-agak dah perang bolehler angkat, tos sekejap then salutlah dengan gula.
10. Dah siap! Makan panas-panas memang sedap. Oh ya! Gula tu Kekda takde gula yang halus tu, so Kekda blend je gula kasar yang biasa tu then salut donut. Kalo ada Nutella ka, Strawberry ka apa-apa ka pun boleh jee nak taruk. Sedap jugak!.
11. Sebelum lupa, kalo nak frozenkan, goreng sekejap ja, goreng kilas Kekda panggil, then angkat, toskan, sejukkan sekejap, boleh taruk frozen. Boleh buat makan petang.
Ni resepi cara Kekda tau. Lain orang lain cara, tapi Alhamdulillah gebu elok setakat ni duk buat. Kalau nak buat pau goreng atau roti goreng pun boleh guna sukatan ni jugak. Kekda harini mendonut ja.
So selamat mencuba!. Nak ambek resepi ka nak buat juai ka apa ka, ambek ja, Kekda halalkan.

Resepi Oleh: Eyda Sukiman