Pastry

Resepi Sardin Gulung Bakar

resepi-sardin-gulung-bakar

Resepi Sardin Gulung Bakar

Tunaikan permintaan mok petang ni, teringin sangat nak makan SARDIN GULUNG BAKAR. Selain inti sardin, boleh tukarkan kepada inti lain yang disukai seperti daging, ayam, dan udang.

Bahan-Bahan:

  • 300 gm tepung gandum
  • 120 gm marjerin SERI PELANGI
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu besar air ais (air dari peti sejuk)

+ Jika adunan masih keras tambah sikit-sikit air ye.

  • 1 biji kuning telur untuk glis

+ Tips: kalau adunan lembik, tambah tepung. Kalau adunan keras, tambah air.

Bahan Inti Sardin:

  • 1 tin sardin sederhana
  • 2 biji cili hijau atau merah – N gula cili boh je.
  • 1/2 biji bawang besar di cincang
  • 2 ulas bawang putih – di cincang
  • 1 sudu kecil jus limau nipis
  • 2 sudu besar sos cili
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat:

1. Gaul dan ramas marjerin ke dalam tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan sedikit garam dan air sejuk dan uli hingga menjadi doh.

2. Canai pastri hingga 3 mm tebal dan potong persegi 4 x 4 inci. Isikan setiap potongan pastri dengan inti sardin.

3. Sapu tepi pastri dengan putih telur dan gulung kemas. Letakkan ke atas dulang pembakar dan glis atasnya dengan kuning telur. Buat 2 atau 3 cucukan di atas permukaan pastri dengan garpu.

4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari oven dan sapu lagi dengan kuning telur (supaya warna kuningnya lebih terang).

5. Kurangkan suhu kepada 130C dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga masak.

Resepi Sardin Gulung Bakar

Cara Membuat Inti Sardin:

1. Isi sardin di buang tulang tengah dan di lenyek bersama sosnya. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili merah hingga harum.

2. Kemudian masukkan sardin. Masak hingga garing dan terbit minyak. Masukkan cili sos, dan jus limau nipis. Masak lagi hingga sedikit kering.

3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Apabila sudah masak angkat dan tapis untuk membuang minyaknya. Sejukkan dan siap doh.

Resepi Sardin Gulung Bakar

Resepi Oleh: Shai Anne Ahemed