Resepi Dadih Terlajak Sedap

Resepi Dadih Terlajak Sedap

Gunakan bekas dadih besar untuk sukatan.

Bahan-Bahan:

3 liter air
7 gram agar-agar
3 bekas susu tepung (susu nespray gambar ibu dengan anak plastik kuning & merah)
1 bekas coffee mate (creamer)
1 bekas susu pekat
Setengah bekas gula
Perasa dan pewarna
Garam sedikit

Cara-cara:

1. Masakkan agar-agar sampai hancur. Letak daun pandan. Semasa memasak agar-agar, agak-agak air itu suam ambil dan bancuh susu tepung (untuk mengelakkan susu berketul) letak tepi.

2. Selepas agar-agar hancur, masukkan coffee mate, gula, garam, susu pekat dan susu yang dibancuh. Kacau hingga hilang ketul-ketul susu.

3. Campurkan pewarna dan perasa mengikut citarasa. Tapis dan tuangkan. Biarkan sejuk.

Sukatan ini kalau dibuat dengan dengan betul akan mendapat hasil seperti berikut :-

Bekas Kecil = 40 bekas
Bekas Besar = 20 bekas

Resepi Dadih Terlajak Sedap

Resepi Oleh: Nur Hidayah Md Ali