Cantik Berkilat Resepi Puding Mangga Guna Mangga Segar
Pukul 4am terjaga pagi tadi. Terkelip-kelip mata ni. Dah selesai buat apa yang patut, tengok hp. Scroll fb ternampaklah posting resepi puding mangga dari Asmadi Adirus. Tengok senarai bahan, semua ada. Jadi terus save dulu resepinya.
Lepas subuh terus turun masuk dapur. Startlah buat semua benda. Kupas mangga, potong dadu, blend mangga dan masak semuanya. Jadi, saya share sekali lagi step by step cara buatnya. Tapi kan, tadi susu cair saya dah habis, sempat buat untuk yang putih tu aja guna susu cair, yang bancuhan oren tu saya guna susu pekat aja campur dengan air. Tapi serious sedap jugak wehh.
Ok, ni bahan-bahan dia ye;
Untuk Bahagian Atas Yang warnanya Putih Tu:
- Buah mangga – 1 biji potong dadu
- Susu cair – 250ml
- Gula castor/pasir – 100g
- Air – 250ml
- Serbuk agar-agar separuh packet yang 8g tu.
Untuk Bahagian Bawah Warna Oren Tu:
- Buah mangga – 1 biji
- Susu cair – 125ml (saya dah habis susu cair jadi saya guna susu pekat 2 sudu besar & bancuh guna air panas jadikan total 125ml)
- Gula castor/pasir – 50g
- Air – 500ml
- Serbuk agar-agar separuh packet yang 8g tadi yang kita bahagi 2.
Ok, jom kita tengok cara-caranya:
1. Kupas 2 biji mangga dulu. Lepas tu 1 biji potong dadu, 1 lagi masuk dalam blender siap-siap. Sila pastikan jug blender tu tak ada bau lada ye. Macam saya memang ada 2 blender. 1 memang untuk segala jenis bahan memasak, 1 lagi memang khas untuk buah-buah.
2. Mangga potongan dadu, taburkan di dalam loyang, acuan lompang atau bekas yang sesuai. Seterusnya, sediakan bahan untuk buat bahagian putih tu dulu. Masukkan semua bahan dalam periuk, susu cair 250ml, gula castor 100g, air 250ml dan serbuk agar-agar half packet yang 8g tu. Masak semua bahan sampai mendidih. Dah boleh tutup api.

3. Kemudian, tuang dalam loyang dan acuan lompang macam tadi. Make sure tuang perlahan-lahan ye. Biarkan sejuk tak berapa sejuk dalam suhu dapur. Ok, suhu bilik. Jangan biarkan keras sangat pulak ye sebab kita nak make sure layer yang oren tu melekat dengan yang putih.

4. Sementara tu kita prepare pulak bahagian yang oren ni. Blend semua bahan. 1 biji mangga, susu cair 125ml (saya guna susu pekat 2 sudu besar + air panas), air 500ml, gula castor 50g dan serbuk agar-agar tadi yang half lagi tu. Blend halus ye. Masuk aja dalam periuk tadi dan masak sampai mendidih jugak.
5. Ok, yang ini kena hati-hati bila nak tuang. Bila dah agak-agak keras sikit yang putih tu, tuang yang oren ni pulak perlahan-lahan. Saya gunakan senduk untuk tuang yang oren ni sebab takut yang putih tu hancur. Memang kena buat perlahan-lahan ye. Tak payah kalut nak cepat siap. Kita bukan nak pergi mana pun kan. Tunggu dah sejuk sikit, baru masukkan dalam fridge.

6. Selepas 2 jam dok dalam fridge, dah elok ha dah boleh makan. Sedap ooi. Tak tipu. Dah potong-potong masukkan dalam bekas tipuware. Simpan lagi dalam fridge mana yang ada. Tadi sambil keluarkan dari acuan lompang entah berapa dah ngap. Oklah ye, selamat mencuba.
Guna Loyang 8×8 Inci Macam Ni, Baru Hasil Potongan Puding Lebih Cantik >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Wan N Wan M


