Crinkle Cookies Mudah Bakar Dalam Masa 10 Minit Sahaja

Crinkle Cookies Mudah Bakar Dalam Masa 10 Minit Sahaja

Crinkle cookies, dah lama dok simpan bahannya. Hari ni buat jugak. Kalau lagi lama bakar jadi la macam cookies. Tapi sebab kite tak nak jadi cookies, kita bakar 10 minit je. Nak buat dia pun senang sangat!

Bahan-Bahan:

  • 3/4 cwn serbuk koko
  • 2 biji telur size besar
  • 1/2 cwn gula (nak manis boleh lebihkan)
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1st baking powder
  • 1/4 cwn minyak masak
  • 1st esen vanila
  • Sedikit garam
  • 1/2cwn gula blend (untuk digaul)

Cara Membuat:

1. Masukkan serbuk koko, gula, garam, minyak masak. Gaulkan bersama. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Kacau sebati. Saya cuma kacau guna spatula je. Malas nak keluarkan blender tangan tu. Hihi.

2. Kemudian masukkan tepung + baking powder yang diayak. Kaup balik sahaja. Jangan over mix ya. Adunan memang melekat. Simpan adunan di dalam freezer (beku) selama 1 jam.

3. Selepas 1 jam, boleh bulatkan adunan ikut size yang korang nak dan gaulkan dalam gula yang telah diblend. Letak terus di atas dulang. Tekan sikit. Bagi cantik bila kembang nanti.

4. Panaskan oven dengan suhu 200C, boleh bakar selama 10-12 minit. Dah siap. Crunchy di luar, lembut di dalam. Tak terlalu manis. Selamat mencuba.

Guna Serbuk Koko Macam Ni Baru Betul Rasa Coklat >> KLIK DI SINI

Crinkle Cookies Mudah Bakar Dalam Masa 10 Minit Sahaja

Resepi Oleh: Haziatul Azuma