Resepi Agar-Agar Dikongsi Oleh Penjual Agar-Agar Di Bazar
Saya penjual agar-agar di bazar. Resepi ini di ajar oleh sahabat baik saya. Beliau banyak membantu saya seorang Ibu tunggal dengan memberi tunjuk ajar untuk berniaga dan tak lokek dalam memberi segala bantuan.
Doakan sahabat saya Norlizawati binti Mohamad, diberi kesihatan yang baik di permudahkan urusan dunia dan akhirat serta diberi rezeki berkah yang mencukupi seperti mengalirnya air zam zam. Boleh cuba buat niaga, saya halalkan. Bekas comel ni ada kat kedai bakery atau shopee.
Saya kongsikan perasa Milo kesukaan kanak-kanak dan Jagung kesukaan kastemer bazar saya.
Bahan Agar-Agar Milo:
- 10gm Serbuk agar-agar
- 150gm Gula
- 50grm Milo nak pekat boleh tambah lebih
- 1tbsp Susu Pekat
- 900ml air
- 250ml susu cair (1 Tin)
Bahan Agar-Agar Jagung:
- 10gm Serbuk agar-agar
- 160gm Gula
- 1/2 tin jagung creamer
- 2tbsp paste jagung
- 800ml air
- 250ml susu cair
Cara Membuat:
1. Masuk air, serbuk agar-agar, gula, dan milo. Kacau sebati baru hidupkan api dan kacau-kacau lagi. Bila dah panas mendidih, kecilkan api dan terus masukkan susu cair. Kacau rata dan tutup api.
2. Tak perlu lama dan tak perlu api besar, takut susu berketul. Sama juga cara buat untuk perasa jagung. Selamat Mencuba.
ALLAHUMMA SALLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
Boleh Guna Acuan Agar-Agar Comel Macam Ni >> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: Rin Khaizura