Kuih Muih

Bengkang Pandan Guna Perisa dan Pewarna Asli

bengkang-pandan-guna-perisa-dan-pewarna-asli

Bengkang Pandan Guna Perisa dan Pewarna Asli

Semalam, ada kawan beli dan berikan bengkang pandan. Tapi, ada saja yang tak kena. Tak ada rasa pandan sebenar la, tak ada bijan la. Ehh, banyak pulak songehnya. Jadi, harini saya buat sendiri. Benda mudah nak buat. Godak-godak, bakar dan siap.

Saya teringatkan resipi kak @shiela.d.dapoq. Yes. Saya follow resipi dan segala tips yang dia kongsikan dalam penulisannya di blog. Alhamdulillah jadi dan bengkang tak collapse kat bahagian tengah. Tqvm kak.

Saya buat separuh saja dari resipi asal dan macam biasa bila bab kuih berperisa pandan ni, saya memang tak ada menggunakan perisa pandan dan pewarna makanan. Baru warnanya cantik dan rasanya kena dengan selera saya. Highly recommended recipe.

Bahan-Bahan (Loyang 7 inci x 7 inci):

  • 1 1/4 cawan tepung gandum*
  • 1/2 cawan gula pasir*
  • 1/4 sdt garam halus*
  • 1/4 cawan marjerin*
  • 3 biji telur (A)*
  • 1/2 cawan (1/2 kotak kecil) santan*
  • 1 cawan (1/2 tin) susu cair*
  • 1 cawan jus pandan (1 cawan air + 10-15 helai daun pandan)*
  • Bijan putih secukupnya
  • Marjerin secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Masukkan bahan bertanda (*) ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga sebati (lebih kurang 30 saat). Sediakan loyang yang dialas dengan aluminium foil. Oleskan marjerin disekeliling loyang. Tapis bahan kisar ke dalam loyang.

2. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170-190C (mengikut kesesuaian), api atas dan bawah selama 60-70 minit atau sehingga kuih masak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Vadai

3. Selepas 15 minit, taburkan bijan ke atas bengkang. Teruskan membakar sehingga masak. Pada 10 minit terakhir ubah kepada api atas sahaja bagi mendapatkan permukaan yang garing.

4. Setelah bengkang masak dan masih panas, oleskan dengan sedikit marjerin pada permukaannya. Biarkan bengkang di dalam oven yang direnggangkan sedikit pintunya seketika. Tujuannya supaya permukaan bengkang tidak terlalu ‘jatuh’.

5. Sejukkan bengkang (lebih kurang 2 jam) dan potong dengan pisau besi yang dioleskan dengan sedikit minyak. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:

  • Dalam resipi ini, saya menggunakan 14 helai daun pandan. Saya bakar pada suhu 190C selama 70 minit.
  • Jika suka, boleh juga tambahkan kulit kayu manis semasa mengisar daun pandan.
Bengkang Pandan Guna Perisa dan Pewarna Asli

Resepi Oleh: Noor Ashikin Saerah