Resepi Bengkang Tepung

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung gandum
1/3 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula – Tak nak manis boleh kurangkan lagi gula
2 biji telur
2 1/4 cawan santan**
4 helai daun pandan**
Sedikit asen vanilla – Tak nak letak pun boleh
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam

Cara Menyediakan:

1. Blender 1/2 biji kelapa + daun pandan + 2 1/4 cawan air. Tapiskan untuk dapatkan 2 1/4 cawan santan tadi.

2. Tuang dalam bekas yang berisi bahan yang lain diatas. Kacau rata, tuang dalam blender dan kisar sebati.

3. Loyang/acuan disapu marjerin (sapu banyak sikit), tujuan tak nak bagi melekat dalam loyang.

4. Panaskan dulu oven dalam 10 minit, suhu 180’C. Bakar selama 50 minit, api atas bawah.

5. 5 minit terakhir akak buka api atas sahaja. Suhu akak tambah 200’C, untuk daptkan permukaan yang garing.

6. Tunggu betul-betul sejuk, barulah dipotong. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Oleh: Zura Zul

Comments are closed.