Resepi Mudah Kuih Ketayap Inti Kelapa Pandan
Kuih ketayap saya wajib berlubang-lubang jerawat camni, tak suka yang licin ploles tu. Tips nak berlubang-lubang, pan nak kena betul-betul panas sebelum tuang adunan. Bila adunan terkena pan yang panas, automatik ia akan jadi berlubang-lubang. Kepada yang Trypophobia takut pada lubang-lubang kecik tu, ampun. Biasanya buat inti kelapa gula melaka, kali ni teringin nak makan inti kelapa pandan pulak, tetap sedap.
Bahan Kulit Ketayap:
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 2 1/2 cawan air daun pandan (blend 6 helai daun pandan + air)
- 1 1/2 cawan santan pekat
- 1 biji telur
- 1 sudu besar minyak masak
- 1 sudu teh garam halus
- Pewarna hijau
- Inti Kelapa
- 1 biji kelapa parut
- 3/4 cawan gula pasir
- Secubit garam halus
- 1/2 cawan air
- 2 helai daun pandan – disimpul
- Pewarna hijau
Cara Membuat:
1. Inti Kelapa Pandan; Di dalam kuali, satukan gula, garam, air, pewarna hijau dan daun pandan. Kacau hingga gula larut dan mendidih. Masukkan kelapa, kacau hingga air agak kering. Inti kelapa lebih sedap jika sedikit lembab. Sejukkan dulu.
2. Kulit Ketayap; Satukan tepung, garam, telur, minyak, air daun pandan, santan dan pewarna hijau. Campur sedikit pewarna hijau. Kacau sebati dan tapiskan. Nak blend pun boleh.
3. Panaskan non stick pan hingga betul-betul panas. Tuang satu senduk adunan dan lenggang nipis. Masak di atas api kecik hingga kering di atas permukaannya. Kulit ketayap akan jadi berlubang sebab terkena pan yang betul-betul panas.
4. Akhir sekali, angkat dan letakkan inti kelapa pandan yang dah siap tadi. Gulung dengan kemas dan siap sedia untuk dihidangkan sama ada untuk sarapan atau minum petang.
Guna Non Stick Pan Macam Ni Baru Ketayap Menjadi Elok>> KLIK DI SINI
Resepi Oleh: T-hah T-hah