Ayam Masak Merah Resepi Tukang Masak Katering
Syukur Alhamdulillah. Al Fatihah. Hari ni 21 Ramadhan genap 11 Tahun Ayah Meninggal. Ayam Masak Merah Resepi Ayah. Tukang Masak Hj Hamid Catering Utan Aji. Dulu-dulu Famous. Allahummaghfirli Zunubi Waliwalidaiya Warhamhuma Kama Rabbayani Soghirra buat Aruah Mak dan Ayah. Semoga Mereka Berbahagia disana
Bahan-Bahan:
- 2 ekor Ayam @ Udang @ Sotong
- Garam Kunyit kan
- Goreng 1/2 masak
- Blender
- Serai 2 batang
- Halia 3 inci
- Bawang Holland 1 Labu
- Bawang Putih 7 ulas
- Cili Boh/Giling 2senduk
- Serbuk Cili Babas 2 Sudu Makan
- Susu Cair 1/2 tin
- Tomato Puree 1/2 Tin Panjang
- Daun Pandan 2 helai
- Bunga Lawang 2 biji*
- Kulit Kayu Manis 1 batang*
- Buah Pelaga 5 biji*
- 6 Sudu besar Gula
- 1 Sudu Garam
- 2 Sudu Besar Secukup RASA Maggi @ Kiub Pati Ayam
- 1/2 cawan Cili Sos
Cara Memasak:
1. Panaskan Minyak. Masuk bahan tumis yang bertanda (*) dan daun pandan. Masukkan pula bahan blender 1/2 dulu. Agak garing masukkan cili serbuk dan cili giling. Masak hingga pecah minyak kemudian masukkan lebihan bahan blender.
2. Biar mendidih, masukkan gula, tomato puree dan susu cair serta tambah air 2 gelas. Biar mendidih hingga pecah minyak. Masukkan ayam yang digoreng. Biar mendidih hingga pecah Minyak.
3. Seterusnya, masukkan cili sos. Seimbangkan rasa manis dan masin ikut selera anda. Tambah garam serta tabur bawang besar yang dipotong. Juga boleh tabur kacang peas dalam tin. Dah siap.
Warna masak merah bergantung kepada warna merah cili dan tomato puree. Boleh makan bersama dengan nasi tomato, dalca tulang dan sayur-syuran jelatah timun dan nenas. Selamat mencuba.
Doakan Mommy sihat dan dapat berjalan Semula. Semoga pahalanya berpanjangan buat kedua Aruah Mak dan Ayah Mommy.
Resepi Oleh: Mommy Yoi