Masakan Korea, Sayur

Resepi Korean Pancake atau Lempeng Sayuran Korea

resepi-korean-pancake-atau-lempeng-sayuran-korea

Resepi Korean Pancake atau Lempeng Sayuran Korea

Saya kongsikan resepi mudah lempeng sayuran ala Korea. Sesuai untuk disajikan sebagai minum petang.

Bahan-Bahan Lempeng:

  • 4 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Sedikit air dan garam
  • Daun bawang – hiris nipis memanjang
  • Lobak merah – hiris nipis memanjang
  • Ubi kentang – hiris nipis memanjang

Cara Bancuhan:

Bersihkan sayuran selepas dihiris. Satukan sayuran dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, tepung jagung, garam dan sedikit air.

Fungsi tepung tu untuk menyatukan sayuran, jadinya bancuhan tepung tak perlu banyak. Bukan seperti buat cucur ya.

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak di atas pan (kuali leper). Anggaran dalam 4 sudu makan minyak masak. Curah bacuhan sayuran tadi di atas kuali dan ratakan dengan sudip.

2. Boleh letakkan udang sekiranya ada udang, kalau takde pun takpe. Masih sedap. Biarkan bahagian bawah dimasak garing sebelum terbalikkan bahagian atas lempeng.

3. Sekiranya lempeng ada bahagian yang bocor, boleh bancuh sedikit tepung dan air kemudian tuang sesudu di atas lempeng yang bocor tadi.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Dalca Sayur FY

4. Apabila kedua bahagian sudah masak dengan garing, boleh angkat dan potong sebelum dihidang.

Sos Kicap: Saya guna kicap cair jenama Yeos, tambah sedikit minyak bijan, biji bijan dan cuka. Boleh tambah cili untuk rasa pedas.

Kicap Cair Yeos >> https://shope.ee/LE66ZzCNu

Selamat menjamu selera

Resepi Korean Pancake atau Lempeng Sayuran Korea

Resepi Oleh: Zurina Zulkefli